Google
 

Friday, January 30, 2009

Realiti Hidup: Kawanku, Isterinya dan Kedatangan Ibunya

Ini satu kisah realiti kehidupan yang dilalui oleh seorang teman. Beliau berseloroh selamba dalam kebingungan dan sesekali terlihat genangan air mata semacam malu-malu menitis.

Begini, hari Rabu lepas 28 Jan 09 beliau dapat tahu bahawa ibunya sedang berada di KL, dirumah kakaknya. Beliau berhasrat untuk ziarah ibunya dan terfikir untuk menjemput ibunya tidur di rumahnya satu dua malam.

sementara......dibaiki

Wednesday, January 28, 2009

Erdogan Hero Baru Dunia

Dunia menyaksikan aksi terhebat dunia 27 Jan lalu dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, oleh Erdogan.
Beliau wajar dinobat hero baru dunia kerana keberanian menempelak Israel dihadapan umum. Ini tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara Arab (baca: Islam) mahupun negara-negara lain yg bukan Islam - barat atau timur (kecuali Venezuela).

Semua negara biasanya akan tunduk dan menyokong Israel, bukan kerana Israel sentiasa betul tetapi takut kepada Amerika dan sekutunya yang mendokong penubuhan Israel.

Kali ini dihadapan umum, ketika dunia melihat Israel mengebom tanpa rasa kasihan, mereka anggap mereka masih benar dan boleh mendapatkan sokongan dunia atas tindakan mereka itu, nah!!! satu tindakan yang memalukan mereka dihadapan umum dilakukan oleh Erdogan.

Apa kesan bila Erdogan keluar dari forum WEF tersebut?

Ada yang anggap tindakan itu merugikan kerana Erdogan tidak dapat terus menyuarakan bantahan terhadap Israel di WEF itu.

Tetapi tindakan itu tetap memberi tamparan kepada kepada Israel. Lihat saja wajah Shimon Perez - Presiden Israel - yang berkerut itu sehingga PM Norway berkata beliau tak pernah tengok Perez sebegitu. Dan Kjell Magne Bondevik itu kata Perez tahu tindakan itu menunjukkan dunia sedang memusuhi Israel.
Di Malaysia lain pulak cerita ... ada grup-grup yang dikenali sebagai grup Erdogan muncul .... fuh patut Erdogan boleh berbangga kerana nama dia masyhur sedunia .... Erdogan World!!

Labels: ,

Monday, January 26, 2009

Beberapa Hadith Berkaitan Masa Depan Islamicjerusalem - Bayt al-Maqdis

Tajuk di atas adalah tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan pada 17 - 18 OGos 2008 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sempena Seminar Warisan al-Quran dan al-Hadith (SIQAH).

Kertas kerja penuh sudah diterima untuk diterbitkan dalam jurnal Usuluddin keluaran 2008.

Abstrak kertas kerja ini seperti berikut:

Islamicjerusalem atau boleh juga dirujuk sebagai Bayt al-Maqdis merupakan suatu kawasan yang istimewa kepada masyarakat Islam, kerana kedudukannya disentuh secara lansung di dalam al-Quran dan Hadith. Disebabkan rantau ini disebut di dalam rujukan utama umat Islam, maka kesuciaannya terus diperteguh oleh kaum Muslimin. Sepanjang sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, baginda ada menyatakan dalam banyak keadaan mengenai apa yang akan berlaku ke atas Islamicjerusalem selepas kewafatannya. Oleh yang demikian, kertas ini akan cuba untuk mengupas beberapa Hadith asas berkaitan masa depan Islamicjerusalem supaya dapat difahami dan diperhalusi maksudnya untuk kefahaman umat Islam di Nusantara.

Inilah sekadar yang boleh ditulis menyedarkan masyarakat terhadap Bayt al-Maqdis - Islamicjerusalem - Palestin.

Labels: , , ,

Sunday, January 25, 2009

Baldatun Tayyibah: Model Andalusia



Ya, itulah tajuknya satu seminar yang dianjurkan oleh PUM Selangor dengan kerjasama Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Jan 09 yang lepas.

Kebetulan penganjur meminta saya untuk menulis satu kertas kerja dan tajuk yang diberi ialah: Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalusia : Teladan dan Sempadan.

Pada awalnya saya tidak tahu bagaimana nak dikaitkan Baldatun Tayyibah itu dengan Andalusia kerana umum mengetahui Andalusia sudah jatuh ke tangan Kristian pada 1429M dan sekarang kekal di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol.

Tetapi kemusykilan itu menjadi pemangkin untuk saya menulis kertas seperti yang diminta.

Sejarah Andalusia penuh dengan onak dan duri, bermula kemasukan Islam di sana pada 711M. Ia pernah menjadi kebanggaan Islam di zaman kemuncaknya. Sejarah menyaksikan ia menjadi wilayah Islam pertama yang 'syahid' di tangan bukan Islam.

Sejarah Andalusia juga turut diwarnai dengan penceritaan sejarah yang kelihatan ditokok tambah oleh sejarawan Muslim sendiri. Sebagai contoh, sejarawan Muslim sebelah Timur seperti Ibn al-Athir menceritakan pidato Tariq ibn Ziyad yang mengerah supaya kapal armada lautnya di bakar bagi memastikan semangat jihad melawan musuh tidak dikaburi dengan ketakutan atau timbulnya perasaan untuk pulang ke Afrika Utara. Sejarah pidato ini nampaknya tidak dirakam oleh sejarawan sebelah Afrika Utara mahupun sejarawan Andalusia sendiri. Lalu pidato Tariq itu menjadi bahan yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya.

Di zaman kemuncak Andalusia, telah melahirkan ramai tokoh Islam yang mengarang kitab-kitab dan akhirnya kitab tersebut menjadi rujukan umat Islam kini. Tokoh-tokoh seperti Ibn Rush, Ibn Hazm al-Andalusi, Ibn Hazm al-Qurtubi, Fudayl ibn Iyad al-Arabi, Imam al-Shatibi, al-Qurtubi dan lain-lain telah menberi sumbangan mereka dalam bidang-bidang ilmu turath.

Al-Zahrawi dan Ibn Zuhr menjadi pelopor di dalam bidang perubatan di samping penguasaan mereka dalam bidang-bidang ilmu Islam yang lain.

Dari sudut pembangunan fizikal, mereka berjaya mendirikan istana kemegahan al-Hambra, masjid ulung Cordoba, pusat pentadbiran Madinah al-Zahra dan lain-lain. Masjid dibina dengan banyak semenjak kedatangan Abdul Rahman al-Dakhil yang telah mencetuskan revolusi pembangunan di Andalusia.

Semua kejayaan ini dicapai pada 8 abad pemerintahan Islam tersebut. Betapa 8 abad itu telah diguna untuk membangun ruhi dan jasadi atau fizikal dan spiritual masyarakat sehingga kesan peninggalan Andalusia itu kekal menjadi kebanggaan hari ini.

Bagi negara kita, Islam sudah bertapak semenjak kira-kira 6 abad yang lalu, bermula kedatangan Parameswara ke Melaka yang akhirnya menjadi Raja dan memeluk Islam. Ada juga teori lain tentang kedatangan Islam tersebut.

Apa yang saya nak kongsi ialah jika ditinjau 6 abad di Andalusia, kemajuannya tidak dapat ditandingi oleh kita.

Namun, kemegahan mereka tidak bertahan lama. Pihak musuh berusaha untuk men'talqin'kan mereka dan akhirnya disebabkan kelemahan pemimpin yang bekerjasama dengan musuh, Abu Abdullah yang terhutang budi dengan musuh itu, terpaksa merelakan penyerahan wilayah terakhir yang dikuasai Islam iaitu Granada kepada Raja Ferdinand dan Isabella.

Andalusia itu sesuatu yang boleh dibanggakan pencapaiannya, tetapi mestilah diambil iktibar kejatuhannya. Saya yakin tidak mungkin untuk kita mempertahankan kemajuan yang dibina tanpa melihat kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah Islam sehingga jatuhnya Andalusia. Kini Andalusia tersemat dalam lipatan sejarah, seolah tidak mampu lagi untuk dikembalikan kepada Islam, melainkan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku.

Akhirnya, terima kasih kepada penganjur kerana memberi ruang kepada saya.

Labels: , ,

Wednesday, January 21, 2009

Israel - Hamas: 2-2 isytihar menang

Israel sudah tentulah mahu mengisytiharkan kepada dunia bahawa mereka telah menang dalam perang Gaza yang berlansung dari 27 Dis 08 yang lalu.

Dalam masa yang sama, Hamas turut menyatakan apabila Israel melakukan genjatan sejata, maka ia bermakna Israel tidak sanggup berhadapan dengan Hamas, lalu mereka katakan Hamas lah yang menang.

Ada juga negara-negara yang menyatakan bahawa Hamas menang.

Bagi saya, sikap berhati-hati sangat diperlukan disaat ketika menghadapi dan mencari jalan menyelesaikan konflik ini.

Jangan terperangkap dengan strategi-strategi yang disusun oleh zionis.

Dalam masa yg sama, Israel menyatakan genjatan senjata itu sesuatu yang rapuh atau fragile.

Ini bermaksud ada kemungkinan yang besar untuk Yahudi menyerang kembali rakyat Palestin.

Apatah lagi Yahudi sengaja menyerang Gaza seketika sebelum US mendapat presiden baru.

Masyarakat Islam tidak harus menanti apa yg Obama ingin lakukan, tetapi mereka harus memberi fokus untuk membangunkan kembali Gaza.

Apa yang harus dilakukan ialah menyampaikan mesej kepada seluruh dunia, iaitu mesej yang mengutuk kezaliman. Ini kerana seluruh dunia pasti tidak sukakan kezaliman, tentunya dunia lebih sukakan kedamaian.

Labels: , ,

Sunday, January 18, 2009

Ada apa dengan kemenangan

Apa signifikan kemenangan PAS di KT? Apa kesan kepada UMNO-BN?

Masa untuk penganalisis politik tanahair bercakap-cakap tentang pilihan yang telah dibuat.

Dari utusan:

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Labels: , , ,

Saturday, January 17, 2009

Saya Suarakan di NTV7

Pada Ahad lepas 11 Jan 2009 saya dijemput ke NTV7 untuk memberi ulasan terhadap serangan yang masih belum berakhir, malah Israel semakin ghairah menawan keseluruhan Gaza.

Ada cerita sedikit ketika saya berada di situ tetapi cerita bes itu bukan yang ingin saya highlight.

Saya ditanya 3 soalan oleh 'Kak Ras' yang saya kira memerlukan masa sedikit untuk dibuat kajian sebelum analisis secara lansung itu disiarkan. Apapun, oleh kerana soalan saya dapat kurang dari 1 jam sebelum rancangan, saya tawakkal bersandarkan maklumat-maklumat yang saya perolehi sebelum ini.

Soalan 1: Konflik Israel Palestin ini sudah berlanjutan sejak sekian lama dan setiap kali pencerobohannya dengan pelbagai lasan dan kali ini mereka mahu memerangi puak Hamas yang dikatakan tidak seiring dengan pergerakan Fatah.

Soalan 2: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dalam menangani konflik Gaza setakat ini, adakah fungsi badan dunia itu masih lagi relevan dalam menangani kemelut sebegini?

Soalan 3: Bagaimana pula Dr melihat peranan yang dimainkan Liga Arab dalam kemelut Israel - Palestin ini?

Saya cuba mengupas dalam waktu yang terhad dan saya suarakan pandangan yang telah saya kutip sebelum ini melalui teman-teman yang berasal dari Palestin.

Secara ringkas, apa yang saya nyatakan ialah:
1. Dalam konflik terbaru, Fatah menyokong tindakan Hamas untuk tidak meneruskan perjanjian damai dengan Israel yang ditandatangani pada 18 Jun 08 lalu, proses yang diusahakan oleh Mesir.

2. PBB tidak boleh 'bias'; menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan konflik ini apatah lagi mereka sebelum ini sering dilihat menyebelahi Israel.

3. Liga Arab ini, kita sedih kerana masih belum berperanan dengan sepatutnya sedangkan mereka berada disekeliling Palestin..Mesir, Arab Saudi, Syria, Lebanon dan Jordan...di mana mereka ini..

Jawapan sebenar yang saya kemukakan itu panjang lagi, ini cuma ringkasan point sahaja.

Akhirnya, saya nyatakan bahawa Islam tidak menentang Israel kerana mereka berbangsa Yahudi. Bermaksud Islam bukan anti-semitism. Islam mengiktiraf agama lain. Namun penentangan yang dilakukan adalah ke atas kezaliman yang dilakukan Israel, yang membunuh orang tua, wanita dan budak kecil, tiga golongan yang tidak dibenarkan dibunuh oleh Islam. Kezaliman ini sudah tentu menyalahi hak asasi manusia yang dicanang oleh US, negara yang menyokong kuat Israel itu.

wallahu a'alam

Labels: , ,

Sunday, January 04, 2009

Hati Kering Israel

Israel terus membedil rakyat Palestin di Gaza. Israel berani menyerang kerana rakyat Palestin tidak mempunyai kelengkapan canggih untuk membalas.

Israel menggunakan segala senjata dan pesawat perang yang dibekalkan US dan sekutu mereka.

Hari ini, selepas seminggu Israel melakukan serangan udara, mereka telah masuk menyerang Gaza melalui darat.

Serangan darat ini mereka sangka mudah kerana sudah banyak target yang telah dimusnahkan melalui serangan udara.

Tetapi nampaknya tidak semudah yang dirangka. Serangan Israel melalui jalan darat disambut 'meriah' oleh rakyat Palestin. Rakyat Palestin bertahan dan menyerang Israel.

Dalam pertempuran itu, sudah banyak tentera Israel cedera parah. Ini sudah menjadi satu kejayaan buat rakyat Palestin, kerana dapat mencederakan tentera Israel yang mempunyai peralatan canggih itu.

Israel pasti gerun di darat dan pasti mereka akan meneruskan serangan udara.

Lihatlah ketika mereka menyerang Lubnan tahun lalu untuk menyerang tentera Hizbullah; apa yang mereka dapat? Mereka berundur .... menandakan kejayaan Hizbullah berdepan dengan Israel pengganas dunia ini.

Apabila Israel menyerang Palestin, Israel tidak dianggap pengganas.... pelik!!!

Tetapi apabila rakyat Palestin membaling batu untuk bertindak balas, US terus cakap rakyat Palestin teroris.

Apa punya logik yang US guna ni?

Mereka sudah tidak boleh berfikir waras, hanya mengikut kehendak Yahudi sahaja. US sudah dicucuk hidung oleh Yahudi sejak sekian lama. Britain dan Perancis juga sama.

Dunia perlu sedarkan kuasa-kuasa besar ini supaya sedar yang mereka sebenarnya diternak oleh Yahudi.

Yahudi tidak mempunyai belas kasihan... mungkin suatu hari, Yahudi ini akan menyerang negara kuasa besar ini seumpama 'makan tuan'.

Yahudi berhati kering.... takda sifat kemanusiaan.... menentang ajaran nabi mereka dan mereka membunuh siapa sahaja dengan sokongan barat.