Google
 

Thursday, January 13, 2005


apa sudah jadi pada Amerika ni? Selama 2 tahun mereka mengganyang Ira. Tiba-tiba mereka mengaku bahawa Iraq tiada senjata kimia dan WMD. semua tuduhan selama ini palsu. pastinya mereka mempunyai agenda lain. dunia pasti akan megutuk keras tindakan Bush menyerang Iraq. begitu juga, dijangkakan Tony Blair akan turut terasa panas. Duelfer, ketua Intelligence Amerika mengakui tiada senjata nuklear ditemui. bulan oktober 04 sebenarnya mereka dah yakin bahawa tiada senjata nuklear. kenapa tidak diisytiharkan? mungkin pada waktu itu, Bush tidak berani, takut rakyat Amerika tidak menngundinya. Sekarang dia jadi Presiden. kalau isytihar sekarang, tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. dari sudut lain, Amerika sebenarnya sudah mengaku kalah. tentera mereka banyak yang mati. untuk menjatuhkan Saddam, Amerika terpaksa membayar dengan harga nyawa yang tidak sedikit. sekarang, mungkin Amerika sudah berjaya mengikat hidung pemimpin baru Iraq untuk sentiasa mengikut telunjuk mereka. jadi, kalau isytihar Iraq tidak mempunyai WMD pon, tidak akan memberi apa-apa kesan yang besar. namun, rakyat tidak boleh memaafkan mereka. kenapa rakyat Amerika dan rakyat dunia sanggup ditipu oleh Bush?  Posted by Hello

Wednesday, January 05, 2005

israel terus mengganas


sedang masyarakat dunia sibuk dengan tsunami, israel terus mengganas. terbaru, mereka membunuh 10 orang termasuk kanak-kanak di Gaza. mereka memang tidak berhati perut. merampas hak rakyat palestin.. menjarah melakukan 'ethnic cleansing'. sambil membantu mangsa tsunami, bantulah juga mereka yang tertindas di palestin ini. Posted by Hello

Tuesday, January 04, 2005

jangan seleweng dana tsunami

salam,

ada kebimbangan mengenai bagaimana duit sumbangan orang ramai untuk tabung tsunami diuruskan. ada yang bimbang duit yang terkumpul itu diselewengkan oleh petugas-petugas yang tidak bertanggungjawab. manalah tau, rambut sama hitam, tetapi perangai lain-lain.

tidaklah mengejutkan ada yang meminta satu badan akauntan awam untuk memeriksa dana-dana terkumpul itu. saya baca melalui lampiran pada email yang dihantar oleh kawan saya.

ianya bertajuk:Public audit needed for tsunami funds, ditulis oleh Bob Teoh. Dia kata:

I am greatly encouraged by the spirited response of the Malaysian public to the appeal for funds for tsunami victims. The overwhelming love and public sympathy speaks well of us as a caring society. In keeping with this public show of empathy, I would like to highlight the need for public accountability through the appointment of certified public accountants and auditors to account for the funds raised and its disbursement. This is not only in keeping with transparency but also to honour those who have donated so generously with the assurance that their contributions are being managed in a trustworthy manner. Far from casting aspersions on the integrity of those handling such funds, my concern is that public funds of any type must be publicly accounted for. This certified public audit itself serves to prevent any misuse of such funds inadvertently or otherwise.


Sunday, January 02, 2005

bantuan jangan 'bocor'

salam,

di indonesia, mereka meminta supaya bantuan jangan 'bocor'. mereka sangat memerlukan bantuan dari sesiapa sahaja. kekhuatiran mereka ialah bantuan tidak sampai. sedangkan, berpuluh-puluh agensi menjalankan kutipan sumbangan.

oxfam, satu organisasi kebajikan besar di eropah gusar kiranya bantuan yang diberikan sekarang ini akan terhenti selepas media tidak lagi membuat liputan tsunami. pada mereka, bantuan yang mencurah sekarang disebabkan liputan meluas media antarabangsa.

kebimbangan turut wujud dikalangan rakyat tentang fenomena kutipan derma alias sumbangan ini. mereka melihat, setiap kali berlaku bencana, berpuluh-puluh agensi terlibat. tetapi, bagaimana bantuan itu disalurkan kepada mangsa?

alhamdulillah, agensi yang berpusat di UK mereka pergi sendiri melakukan kerja-kerja di medan. ground work. jadi, bantuan itu mudah untuk tiba. ini melibatkan agensi seumpama islamic-relief, muslim aid, muslim relief dan lain-lain. mereka menghantar kumpulan yang menyalurkan bantuan secara terus kepada mangsa.

kalau bantuan dari pihak kerajaan, mereka khuatir akan banyak karenah birokrasi. umpamanya, bantuan 35 juta pound dan 350 juta usd yang dijanjikan itu, ke mana akan disalurkan? bolehkah rakyat marhain merasa sumbangan itu? bagaimana ia diberi kepada mangsa?